RESEPI
CARROT CAKE KUKUS SEDAP
Pengenalan
Kek atau dalam bahasa
inggeris ‘cake’ adalah sejenis kuih yang berasaskan tepung, gula dan telur .
Selalunya, tepung gandum dan tepung penaik digunakan untuk membuat kek Kek umumnya disediakan dengan cara dibakar di
dalam oven , walaupun ada yang
dikukus. Kek boleh didapati dalam dua
jenis berbeza, iaitu satu kek tanpa hiasan dan satu lagi kek dihiasi dengan
krim. Kek tanpa hiasan atau krim dibuat hanya menggunakan tepung, gula dan
telur. Ada juga kek tanpa hiasan yang menambahkan buah seperti kismis dalam
resepinya untuk keenakkan. Kek hiasan atau kek krim pula sering ditambah
(toping) dengan pelbagai bahan hiasan seperti krim yang berwarna-warni,
buah-buahan dan biskut.
Asalnya, masakan resepi
carrot cake kukus sedap kek ini adalah sejenis makanan barat. Penduduk negara barat sering meyambut
perayaan mereka dengan memotong kek. Selalunya, mereka memotong kek di dalam
majlis perkahwinan, majlis hari jadi, hari krismas dan lain-lain majlis
perayaan. Bagi mereka, upacara pemotongan kek ini adalah salah satu acara utama
dan ia juga merupakan salah satu cara untuk berkongsi kegembiraan mereka. Kini
di negara Malaysia, budaya pemotongan kek ini
diamalkan oleh setiap kaum semasa meyambut perayaan mereka. Penduduk
tempatan menggunakan kek berhias atau
tanpa hiasan sebagai makanan penutup atau hidangan istimewa resepi perkahwinan,
pesta ulang tahun atau hari jadi.
Dulu,
masakan kek ini hanya boleh didapati dalam dua bentuk sahaja, bulat dan persegi
empat. Tetapi sekarang, kita boleh menempah dalam pelbagai bentuk termasuk
watak karton. Saiz kek juga kita boleh menentukan samada kita perlu saiz besar
atau kecil. Terdapat pelbagai jenis perasa (flavor ) seperti kopi, vanilla,
coklat, pandan, susu dan buah-buahan.
Bahan hiasan atau selalu dikenali sebagai toping terdiri daripada
pelbagai jenis krim mentega, krim coklat, jem, wafer dan lain-lain.
Biasanya, terdapat dua
jenis kek dijual atau disaji, iaitu kek dibakar dalam oven dan kek dikukus
dengan pengukus. Kek lobak merah
(carrot) , coklat, pisang, susu, dan pandan adalah contoh kek kukus yang paling
popular di kalangan rakyat. Antara kek disenarai tadi, kek carrot kukus adalah
kek yang paling digemari oleh ramai orang.
Sesiapa yang tidak suka makan lobak merah yang segar, maka kek carrot
kukus ini bolehlah dicuba. Rasa yang enak dan penampilan yang menarik meningkatkan bilangan peminat bukan sahaja di
negara kita, malah di luar negara juga. Bahan-bahan dan cara penyediaannya pun
taklah susah sangat. Tambahan pula, bahan ramuannya mudah didapati di mana-mana
sahaja. Resepi carrot cake kukus sedap dibawah menunjukkan bahan keperluan dan
cara membuat kek tersebut.
Resepi Carrot
Cake Kukus
250g butter
150g gula halus
3 biji telur
1 s/k esen vanila
200g carrot
230g tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k serbuk kulit kayu manis
100gm walnut
Cara Penyediaan:
1.
Sediakan semua bahan-bahan tang
disenarai di atas.
2.
Walnut dicuci sebelum dibakar. Selepas
dibakar, walnut dicincang untuk mendapatkan saiz yang kecil.
3.
Putar butter dan gula hingga gebu.
Pemutar elektronik boleh digunakan. Selalunya, putar selama 30-45 minit.
4.
Masukkan telur satu persatu dan kacau.
5.
Masukkan esen vanilla sedikit.
6.
Campurkan tepung gandum, baking powder
dan serbuk kayu manis dalam sebuah bekas. Tepung penaik (rising powder) juga
boleh digantikan dengan tepung gandum.
7.
Kemudian, masukkan semua campuran
tersebut bersama butter dan gula tadi dan kacau sampai jadi sebati.
8.
Masukkan carrot dan walnut gaul rata dan
masukkan dalam acuan.
9.
Kukus lebih kurang 50 minit dengan
menggunakan pengukus. Kalau tiada pengukus, kaedah Bain-Marie juga boleh
digunakan.
10.
Untuk tengok masak atau tidak, guna
lidi. Masukkan lidi di dalam kek tersebut. Kalau lidi terkeluar dengan licin,
maka kek sudah masak.
11.
Bila habis masak, biarkan kek tersebut
beberapa minit untuk sejuk.
12.
Krim cheese atau toping hanya boleh
diletakkan apabila kek sudah sejuk.
Cream
Cheese Toping
Bahan-Bahan:
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising
Cara Penyediaan:
1.
Putar cream cheese dan mentega hingga
sebati. Pastikan yang baru keluar dari peti sejuk (bukan sejuk beku).
2.
Masukkan gula aising dan esen vanilla,
terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana.
3.
Terus sapu atas kek tadi sebab krim cheese mudah lembut.
4.
Selain krim cheese, kek tadi boleh
dihias ikut suka dengan menggunakan bahan lain seperti buah-buahan.
Selain
carrot kek kukus, kek kukus coklat dan pandan juga sedap untuk dimakan. Anda
boleh mencuba kek tersebut dengan menggunakan resepi carrot cake kukus sedap yang diberi ini.
No comments:
Post a Comment