Friday 27 June 2014

Resepi Carrot Cake Kukus Sedap


RESEPI CARROT CAKE KUKUS SEDAP


 

Pengenalan
 

Kek atau dalam bahasa inggeris ‘cake’  adalah sejenis  kuih yang berasaskan tepung, gula dan telur . Selalunya, tepung gandum dan tepung penaik digunakan untuk membuat kek  Kek umumnya disediakan dengan cara dibakar di dalam oven , walaupun ada  yang dikukus.  Kek boleh didapati dalam dua jenis berbeza, iaitu satu kek tanpa hiasan dan satu lagi kek dihiasi dengan krim. Kek tanpa hiasan atau krim dibuat hanya menggunakan tepung, gula dan telur. Ada juga kek tanpa hiasan yang menambahkan buah seperti kismis dalam resepinya untuk keenakkan. Kek hiasan atau kek krim pula sering ditambah (toping) dengan pelbagai bahan hiasan seperti krim yang berwarna-warni, buah-buahan dan biskut.

 

Asalnya, masakan resepi carrot cake kukus sedap kek ini adalah sejenis makanan barat.  Penduduk negara barat sering meyambut perayaan mereka dengan memotong kek. Selalunya, mereka memotong kek di dalam majlis perkahwinan, majlis hari jadi, hari krismas dan lain-lain majlis perayaan. Bagi mereka, upacara pemotongan kek ini adalah salah satu acara utama dan ia juga merupakan salah satu cara untuk berkongsi kegembiraan mereka. Kini di negara Malaysia, budaya pemotongan kek ini  diamalkan oleh setiap kaum semasa meyambut perayaan mereka. Penduduk tempatan menggunakan kek berhias  atau tanpa hiasan sebagai makanan penutup atau hidangan istimewa resepi perkahwinan, pesta ulang tahun atau hari jadi.
 

Dulu, masakan kek ini hanya boleh didapati dalam dua bentuk sahaja, bulat dan persegi empat. Tetapi sekarang, kita boleh menempah dalam pelbagai bentuk termasuk watak karton. Saiz kek juga kita boleh menentukan samada kita perlu saiz besar atau kecil. Terdapat pelbagai jenis perasa (flavor ) seperti kopi, vanilla, coklat, pandan, susu dan buah-buahan.  Bahan hiasan atau selalu dikenali sebagai toping terdiri daripada pelbagai jenis krim mentega, krim coklat, jem, wafer dan lain-lain.


Biasanya, terdapat dua jenis kek dijual atau disaji, iaitu kek dibakar dalam oven dan kek dikukus dengan pengukus. Kek  lobak merah (carrot) , coklat, pisang, susu, dan pandan adalah contoh kek kukus yang paling popular di kalangan rakyat. Antara kek disenarai tadi, kek carrot kukus adalah kek yang paling digemari oleh ramai orang.  Sesiapa yang tidak suka makan lobak merah yang segar, maka kek carrot kukus ini bolehlah dicuba. Rasa yang enak dan penampilan yang menarik  meningkatkan bilangan peminat bukan sahaja di negara kita, malah di luar negara juga. Bahan-bahan dan cara penyediaannya pun taklah susah sangat. Tambahan pula, bahan ramuannya mudah didapati di mana-mana sahaja. Resepi carrot cake kukus sedap dibawah menunjukkan bahan keperluan dan cara membuat kek tersebut.

 


Resepi Carrot Cake Kukus


Bahan-Bahan:

250g butter

150g gula halus

3 biji telur

1 s/k esen vanila

200g carrot

230g tepung gandum

1 s/k baking powder

1/2 s/k serbuk kulit kayu manis

100gm walnut

 
 

Cara Penyediaan:

1.      Sediakan semua bahan-bahan tang disenarai di atas.

2.      Walnut dicuci sebelum dibakar. Selepas dibakar, walnut dicincang untuk mendapatkan saiz yang kecil.

3.      Putar butter dan gula hingga gebu. Pemutar elektronik boleh digunakan. Selalunya, putar selama 30-45 minit.

4.      Masukkan telur satu persatu dan kacau.

5.      Masukkan esen vanilla sedikit.

6.      Campurkan tepung gandum, baking powder dan serbuk kayu manis dalam sebuah bekas. Tepung penaik (rising powder) juga boleh digantikan dengan tepung gandum.

7.      Kemudian, masukkan semua campuran tersebut bersama butter dan gula tadi dan kacau sampai jadi sebati.

8.      Masukkan carrot dan walnut gaul rata dan masukkan dalam acuan.

9.      Kukus lebih kurang 50 minit dengan menggunakan pengukus. Kalau tiada pengukus, kaedah Bain-Marie juga boleh digunakan.

10.  Untuk tengok masak atau tidak, guna lidi. Masukkan lidi di dalam kek tersebut. Kalau lidi terkeluar dengan licin, maka kek sudah masak.

11.  Bila habis masak, biarkan kek tersebut beberapa minit untuk sejuk.

12.  Krim cheese atau toping hanya boleh diletakkan apabila kek sudah sejuk.


Cream Cheese Toping

Bahan-Bahan:

100 g mentega

125 g cream cheese

1 camca teh esen vanilla

1 1/2 camca besar gula aising


Cara Penyediaan:

1.      Putar cream cheese dan mentega hingga sebati. Pastikan yang baru keluar dari peti sejuk (bukan sejuk beku).

2.      Masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana.

3.      Terus sapu atas kek tadi  sebab krim cheese mudah lembut.

4.      Selain krim cheese, kek tadi boleh dihias ikut suka dengan menggunakan bahan lain seperti buah-buahan.


Selain carrot kek kukus, kek kukus coklat dan pandan juga sedap untuk dimakan. Anda boleh mencuba kek tersebut dengan menggunakan resepi carrot cake kukus sedap  yang diberi ini.